Pendatang asing kerja untuk kita atau kita kerja untuk mereka?

- Advertisement -

YA BETUL, kita sibuk politik. Tetapi orang Bangla, Myanmar, Rohingya, Indonesia sibuk menguasai bandar dan ekonomi Malaysia. 

Kita sibuk belajar di Poly, University supaya kita dapat kerja di sektor kerajaan dan swasta. Pendatang asing tak masuk universiti pun tetapi mereka masuk bandar dan kuasai perniagaan. 

Selepas kita bekerja dengan gaji RM2,000 kita duduk di bandar dan membeli di kedai-kedai dan restoran yang dikuasai pendatang asing yang untung berpuluh ribu sebulan. Kitalah sebenarnya  hamba mereka kerana membeli dengan  mereka dan menjadikan mereka lagi kaya dan terus membuka lebih banyak kedai dan restoran. Kita dengan gaji RM2,000 sebulan bukannya tuan. Banglalah tuan-tuan kita.

Mereka pendatang asing tetapi adalah raja. Mereka rasuah majlis perbandaran untuk dapat lesen dan tempat niaga. Mereka rasuah menteri berjuta-juta supaya bawa masuk kawan-kawan mereka ke sini.

Betullah apa yang dunia kata:

Student A yang bijak akan menjadi doktor, engineer, saintis.
Student B yang kurang bijak akan menjadi politicians.
Student C yang tidak berjaya masuk universiti akan berniaga, dan menjadi kartel.

Doktor-doktor akan bekerja dengan kerajaan dan kerajaan dikawal oleh ahli politik. Maka student B sebenarnya adalah boss kepada student A. Ahli politik lebih kaya dari doktor.

Namun ahli politik didesak oleh kartel untuk meluluskan, buruh asing, ladang, bisnes dan ekonomi mereka. Kalau tak dapat mereka rasuah menteri. Mereka lebih kaya daripada menteri. Maka student C atau kartel atau pendatang asing adalah boss kepada menteri-menteri ini.

Maka jelaslah bahawa sebenarnya kita semua adalah hamba bagi pendatang asing. Mereka boss. Kita support bisnes mereka. Selepas 10, 20, 30 tahun, mereka beli tanah kita atau rasuah orang jabatan kerajaan dan Menteri Melayu untuk dapat tanah. Akhirnya kita Melayu tidak ada tanah dan kena keluar bandar dan merempat. Akhirnya jadilah kita macam Palestin.

Wahai Melayu Islam, bangkitlah dari tidurmu. Mari kita perangi perasuah-perasuah dalam jabatan-jabatan kerajaan, jabatan polis, jabatan bandaran dan kementerian-kementerian politik yang menjual tanah air kepada orang luar. Jangan sampai Malaysia jadi Palestin kedua, baru kita nak menangis.

DR MUSLIM
Pemerhati Politik
Kuantan, Pahang Darul Makmur- HARAKAHDAILY 15/11/2023 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -