Keadaan hospital di Semenanjung Gaza semakin genting

- Advertisement -

ANGKA korban di kalangan warga Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 11,800 orang dengan lebih 28,200 dilaporkan mengalami kecederaan.

- Advertisement -

2. Tentera rejim pengganas zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti bandar Gaza, Khanyuounis, Deir Al- Balah, Jabalia, Al-Nusirat dan kejiranan Al-Mal.

3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim pengganas rejim zionis Israel seperti Asqlan, Ashdoud, Nahal-Oz, Nerim, Nir Ouz, Alumin, Karem Shalom termasuk kedudukan dan pengkalan tentera pengganas regim zionis Israel di Kisovim, Mivtahim dan Erez.

4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Silat Al-Harithiya, kejiranan Al-Zaitoun, Al-Nasr dan Tal Al-Hawa. Semalam sahaja, 2 anggota tentera pengganas rejim zionis Israel mati dengan 4 lagi mengalami kecederaan serius akibat pertempuran ganas yang berlaku di Semenanjung Gaza. Dilaporkan juga beberapa buah kereta kebal dan perisai tentera pengganas rejim zionis Israel musnah diserang kumpulan pejuang Palestin.

5. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan mengebom hospital-hospital termasuk mengepung hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Al-Quds, Hospital Al-Hulu dan Hospital Baptist di Semenanjung Gaza. Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza, Hospital Al-Quds telah dikepung oleh kereta kebal tentera pengganas rejim zionis Israel dan keadaan pesakit semakin kritikal di hospital terbabit.

6. Keadaan hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza semakin genting berikutan ketiadaan bekalan ubat-ubatan, oksigen dan petroleum di samping di kepung oleh kereta kebal tentera pengganas rejim zionis Israel. Tentera pengganas rejim zionis Israel juga turut melepaskan tembakan ke atas mana-mana warga Semenanjung Gaza mahupun kakitangan hospital yang cuba meninggalkan kawasan hospital. Berikutan kepungan dan diancam tembakan jika keluar dari kawasan hospital, kakitangan beberapa buah hospital seperti Hospital Al-Shifa mengebumikan ratusan mayat warga Semenanjung Gaza di pekarangan hospital terbabit.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel tidak hanya melancarkan serangan udara dan mengebom hospital-hospital di Semenanjung Gaza tetapi juga turut melakukan perkara yang sama di Tebing Barat. Terbaharu, tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan udara dan mengebom pekarangan sebuah hospital di Tulkarm, Tebing Barat.

8. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tulkarm, Nablus, Hebron, Jerusalem, Ramallah dan Qalqaliya. Pertempuran sengit di Tulkarm sehingga kini telah mengakibatkan 7 anak muda Palestin terkorban dan beberapa orang tentera pengganas rejim zionis Israel mengalami kecederaan kritikal.

9. Tentera pengganas rejim zionis Israel meneruskan operasi penangkapan warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam sahaja sekurang-kurangnya 31 warga Palestin ditangkap di sekitar Tebing Barat.

10. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di wilayah dan bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel di selatan Lubnan seperti di Galilee, Marj, Kiryat Shmouna, Haifa, Birkat Risha dan Acre termasuk penempatan haram di sempadan Lubnan. Laporan terbaharu menyatakan bahawa bandar Eilat di selatan negara haram Israel sedang berhadapan dengan serangan peluru berpandu.

11. Jumlah warga Semenanjung Gaza yang kehilangan tempat tinggal telah mencecah 1.6 juta orang dan kebanyakan daripadanya tinggal di 151 fasiliti yang berkaitan dengan agensi kemanusiaan dan pelarian PBB.

12. Menteri Kewangan negara haram Israel Bezalel Smotrich berkata penghijrahan sukarela warga Semenanjung Gaza ke negara-negara di dunia adalah langkah penyelesaian kemanusiaan yang betul.

13. Human Rights Watch menyatakan serangan tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas hospital-hospital di Semenanjung Gaza wajar disiasat sebagai jenayah perang.

14. Pemimpin parti Sein Finn yang memerintah Ireland, Mary Lou McDonald menggesa kerajaan Ireland agar mengusir duta negara haram Israel dari Ireland dan mendakwa negara haram Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

15. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Bilda.

16. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Kanada, Amerika Syarikat, Britain, Chile, dan Sepanyol.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 15/11/2023

- Advertisement -