Wujud gerakan terancang mahu lemahkan BERSATU dan PN

Sogokan dan ugutan terhadap Ahli-ahli Parlimen PN

- Advertisement -

TINDAKAN dua lagi Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah bercanggah dengan pendirian parti.

Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan PERIKATAN NASIONAL.

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini. 

Saya mendapat maklumat bahawa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan BERSATU dan PERIKATAN NASIONAL dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-Ahli Parlimen. 

BERSATU tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat ini dan tindakan yang lebih tegas akan diambil.

Saya menyeru ahli-ahli BERSATU supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi BERSATU menangani perkara ini. 

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
9 November 2023- HARAKAHDAILY 9/11/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044225926298/posts/pfbid02NhndwCt1LWjvScGvrRXstgBcj6WvEzDwURYqDB8mRrqss7cMcSPhV9BfKgmaHp4dl/?mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -