Pertempuran sengit terus berlaku di Semenanjung Gaza

- Advertisement -

ANGKA korban dalam kalangan warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 10,569 orang termasuk 4,324 orang kanak-kanak dan 2,832 orang wanita.

- Advertisement -

2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, kem pelarian Nusirat dan Al -Shati’, Jabalia, Al-Shajaia, Khanyounis, Sheikh Zayed, Tal Al-Zaatar dan Beit Lahia.

3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Tel Aviv, Kibots, Sedirut, Ghosh Dan, Molesim, Alumim, Kfar Azza, Nir Yitzhak termasuk kedudukan dan pangkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di Kisovim, Holit, Mivtahim, Mars dan Sofa.

4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di kejiranan Sheikh Radwan, utara dan barat laut bandar Gaza, Beit Hanoun, Beit Lahia, Tel-Hawa dan Al-Tawam.

5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Jerusalem, Baitul Laham, Qalqilia, Tubas, Jericho, dan Nablus.

6. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom persekitaran kawasan hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza hingga menyebabkan kerosakan yang teruk seperti Hospital Al-Quds, Hospital Al-Nasser dan Hospital Indonesia.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melakukan operasi tangkapan ke atas warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 65 orang termasuk 2 orang wanita, seorang remaja perempuan dan wartawan di tangkap di pelbagai lokasi di sekitar Tebing Barat. Sejak bermulanya ‘Taufan Al-Aqsa’ sehingga ke hari ini, seramai 2,280 warga Palestin di Tebing Barat telah ditangkap oleh tentera pengganas rejim zionis Israel.

8. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pangkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di wilayah dan bandar-bandar yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Dovev, Yiftah, Shumera, Upper Galilee, Bayad Blida dan Al-Jalil.

9. Tentera pengganas rejim zionis israel terus melancarkan serangan udara ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Yaron, Bilda, Mehibib, Hola, Aita Al-Shaab, Kfarshouba dan Halta.

10. Menteri Imigresen dan Intergrasi negara haram Israel Ofir Sofer menyatakan negara haram Israel bersiap sedia untuk meningkatkan jumlah pendatang haram yahudi secara drastik bermula tahun hadapan dengan membawa masuk pendatang haram yahudi dari Perancis dan Amerika Syarikat berikutan meningkatkan insiden anti semitik.

11. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri Luar negara G7 yang bermesyuarat di Tokyo, Jepun, ia menggesa Iran agar mengelak dari memberikan sokongan kepada Hamas dan mengambil tindakan selanjutnya yang menjejaskan Timur Tengah termasuk memberikan sokongan kepada Hizbullah di Lubnan di samping menegaskan bahawa negara haram Israel mempunyai hak untuk ‘mempertahankan diri’ mengikut undang-undang antarabangsa.

12. Bekas Perdana Menteri negara haram Israel Ehud Barak berkata negara haram Israel hanya mempunyai masa beberapa minggu sahaja untuk memusnahkan Hamas berikutan sokongan dan pandangan umum di peringkat global yang semakin buruk dan tidak memihak kepada negara haram Israel.

13. Timbalan Perdana Menteri Belgium Petra De Sutter berkata negara haram Israel jelas sekali tidak peduli tentang tuntutan antarabangsa untuk gencatan senjata dan sudah sampai masanya untuk mengenakan sekatan ke atas negara haram Israel.

14. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Australia, Greece, Maghribi, Amerika Syarikat, Ireland, Syria dan Norway.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -