Israel sedang hembus nafas mereka yang terakhir

- Advertisement -

PENGAKUAN oleh wartawan Israel, Arie Syabith, dalam akhbar Israel Haerts.

1. Kita berhadapan dengan bangsa yang paling sukar dan gigih dalam sejarah, tidak ada pilihan untuk Israel kecuali untuk mencapai kemerdekaan mereka dan menamatkan penjajahan ini.

2. Di Israel tidak ada lagi rasa selamat untuk menulis atau membaca surat khabar dan lain-lain. Seperti yang diakui oleh Rogel Alvel, 2 tahun yang lalu bahawa yang paling selamat bagi Israel pada hari ini adalah untuk mempunyai pasport dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan terbang ke San Francisco, Berlin atau Paris.

3. Pemimpin Jerman dan Amerika yang merupakan Nasionalis Ultra-Kanan, harus menyedari bahawa Israel sedang menghembuskan nafas mereka yang terakhir, dan kita harus mengambil 3 langkah ke belakang untuk melihat tenggelamnya Negara Israel.

4. Netanyahu, Baiden, Kusneir, Obama dan Clinton bukanlah orang-orang yang boleh menyelamatkan Israel, tetapi Israel sendiri dapat menyelamatkan dirinya dengan menjalankan dasar baru yang mengakui bahawa pemilik sebenar tanah Palestin adalah rakyat Palestin bukannya Israel.

5. Sejujurnya, Israel wujud di Palestin adalah hasil pembohongan dan penipuan yang dicipta oleh Gerakan Zionis Antarabangsa atas nama agama Yahudi sepanjang sejarah. Zionis berjaya menggunakan Isu kem Tahanan Hitler (Holocaust), sehingga menimbulkan simpati dunia terhadap orang Yahudi (anti-Semitik) dan dengan itu mengukuhkan tanggapan bahawa orang Yahudi harus kembali ke tanah yang dijanjikan (Palestin).

6. Seorang ahli arkeologi Tel Aviv yang hebat iaiy Vilnatisyen, di mana dalam penyelidikannya di Masjid Al-Aqsa untuk mencari gali tapak lokasi kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, mendakwa bahawa ternyata ini adalah satu kebanggaan dan khurafat yang sengaja dibuat oleh Zionis selama beribu-ribu tahun. Beliau tidak menemui apa-apa di bawah Masjid Al-Aqsa kecuali hanya asasnya.

7. Pada tahun 1968 ahli arkeologi British, iaitu Catline Cabinos, yang mengetuai penggalian di Baitul Maqdis, diusir dari Israel kerana telah mendedahkan pembohongan Israel bahawa terdapat kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, dan bahawa Palestin- Al-Aqsa tidak ada kaitan dengan Nabi Sulaiman.

8. Shabith telah membuat kesimpulan bahawa tidak ada masa depan bagi Israel kecuali meninggalkan tanah Palestin, kerana orang Yahudi tidak ada kaitan dengan tanah ini. Seperti pembohongan yang dibuat setakat ini.

9. Menurutnya, darah rakyat Palestin berbeza dengan darah negara lain di dunia. Kami telah menjajah mereka selama beberapa dekad, meracuni mereka dengan wanita, seks, muzik, dadah dan sebagainya, dengan harapan mereka akan melupakan negara dan bangsa mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah pemberontakan dengan batu pada tahun 1987.

10. Kami memasukkan pejuang dan pemudanya ke penjara untuk memujuk mereka. Tetapi beberapa tahun kemudian selepas kami yakin mereka akan berubah, namun sebenarnya mereka datang dan menyerang kami dengan serangan bersenjata pada tahun 2000.

11. Kami mengepung mereka dengan penjara terbesar di dunia untuk mengehadkan makanan dan minuman mereka, lalu mereka lemah dan gila, tetapi kemudiannya mereka datang dengan tidak disangka-sangka dan menyerang kami dengan bom dan roket yang canggih. Walaupun dengan semua boikot dan pencerobohan yang telah kita lakukan.

12. Kami merangka strategi baru dan canggih untuk menghapuskannya perlahan-lahan dengan membina dinding duri dan elektrik dengan parit besar di antara kawasan kami dan mereka, tetapi tiba-tiba semalam mereka menyerang kami dari bawah parit yang kami gali dan membunuh beratus-ratus tentera kami. Mereka menyerang kami dengan kecerdasan mereka sehingga merosakkan rangkaian internet kami.

Sila sebarkan berita itu supaya orang Yahudi memahami apa yang berlaku dan siapa itu HAMAS!

(Penterjemah: KHAIRAN ARIF, Pemerhati Dunia Islam dan Arab)HARAKAHDAILY 8/11/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -