133 kandungan telah diturunkan oleh Telegram

Tuan Guru Zulkifli Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejumlah 133 kandungan telah diturunkan oleh pihak Telegram berdasarkan permohonan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Oktober lalu.

- Advertisement -

Menteri Komunikasi dan Digital berkata, MCMC memandang serius dan mengambil langkah strategik bagi mengekang pelbagai permasalahan penyalahgunaan di platform Telegram yang menyalahi undang-undang negara termasuklah penyebaran kandungan pornografi, aktiviti penipuan dan penjualan barangan larangan.

Katanya, langkah libat urus antara agensi penguatkuasa dan pihak Telegram telah dan akan dilaksanakan secara berterusan bagi menambah baik proses dan tatacara dalam mengekang pelbagai permasalahan penyalahgunaan yang berlaku di platform tersebut.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tuan Guru Zulkifli Ismail [PN-Jasin] di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, Tuan Guru Ismail meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan perkembangan rundingan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Telegram bagi mengekang jenayah keselamatan siber, pornografi dan penjualan barangan larangan. – HARAKAHDAILY 8/11/2023

- Advertisement -