Khairil Nizam serah tugas CEO GMSB kepada Ahmad Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Penyerahan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galeri Media Serbanika Sdn Bhd (GMSB) diadakan secara ringkas di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Harakah, Jalan Pahang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Majlis penyerahan tugas secara rasmi oleh mantan CEO GMSB atau Harakah, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin kepada CEO yang baharu yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.

Ir Khairil yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat sesi lalu telah memegang amanah CEO GMSB selama sepenggal dari 2021-2023 sementara Ahmad Fadhli diberikan amanah itu mulai November 2023-2025.

Khairil dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Harakah kerana telah memberikan sokongan yang padu semasa beliau melaksanakan tugas.

Walaupun masih banyak tugas yang belum disempurnakan, beliau berharap ia akan diteruskan oleh Fadhli nanti.

Beliau mengingatkan supaya kebajikan kakitangan Harakah perlu dijaga kerana mereka merupakan murabitun dalam jemaah PAS.

Ahli Parlimen Jerantut turut berharap supaya warga kerja Harakah khususnya unit Editorial membuat laporan berita dengan lebih baik.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Operasi Harakah, Ustaz Kamal Ashaari mengingatkan warga kerja Harakah supaya meneruskan komitmen dalam tugasan masing-masing.

“Lakukan kerja dengan baik sehingga ke akhirnya. Ini kerana Allah menilai kerja kita di akhir kehidupan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau melalui panggilan video.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Harakah, Shahzada Mohamad Nisar Ahmad Salimi. – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -