MB dilantik Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar (MB) Kelantan Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

- Advertisement -

Manakala Speaker Dun Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III.

Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pelantikan itu bagi sesi 2023 hingga 2025.

Katanya Adun Pengkalan Kubur Wan Roslan Wan Hamat kekal sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Begitu juga bekas Adun Pengkalan Pasir Dato’ Hanifa Ahmad kekal di jawatan lama sebagai bendahari.

“Adun Demit Mohd Asri Mat Daud dilantik sebagai Ketua Penerangan, manakala Dr Wan Nik Wan Yussof pula sebagai Pengarah Pilihanraya.

“Selain itu Zulkifli Mamat, Dr Nazmi Ghazali Azmi dan Mohd Ashari Mohd Zain masing-masing dilantik sebagai Penolong Setiausaha I, II dan III.

“Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS negeri hari ini melantik Jawatankuasa Harian PAS Kelantan sesi 2023-2025,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -