Kefahaman kuasa politik orang Melayu Islam di Negeri Perak

- Advertisement -

PILIHAN Raya Umum baru-baru ini telah memberi petunjuk bahawa majoriti besar sokongan orang Melayu Islam kini telah beralih kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan PERIKATAN NASIONAL.

Kami di Negeri Perak khususnya akan terus menerangkan dan memberi kefahaman terhadap kepentingan kuasa politik orang Melayu Islam.

Antara isu yang diangkat oleh PAS Perak dan PERIKATAN NASIONAL di Sidang Dewan Negeri adalah isu Tanah Rizab Melayu yang telah berpindah milik kepada bukan-Melayu. Isu ini juga  membawa kami, ADUN-ADUN PAS atau PN ke Pejabat SPRM untuk ketengahkan isu serius ini.

Tanpa meminggirkan kaum bukan-Melayu di Negeri Perak, PAS Perak melihat setiap perkara yang berbangkit di negeri ini adalah isu semua, sebagai contoh Rang Undang-undang Sumber Air (RUUSA) yang telah dikuatkuasakan. Blok pembangkang memperjuangkan setiap sudut dalam RUUSA ini ketika dibentang, agar ia tidak menekan rakyat.

Tema PAS “Adil, Prihatin, Berkebajikan” yang diperkenalkan ketika Muktamar PAS Tahunan baru-baru ini menggambarkan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk memimpin negara Malaysia dan di peringkat negeri ini pada bila-bila masa.

YB RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -