Penggunaan Empangan Mengkuang sangat minimum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta kerajaan menyatakan kekerapan penggunaan Empangan Mengkuang yang difahamkan hanya digunakan sekali atau dua kali setahun berbanding negeri lain.

- Advertisement -

Katanya, ini kerana kerajaan membelanjakan kos yang tinggi untuk membina empangan di Pulau Pinang itu, tetapi penggunaan empangan itu sangat minimum.

“Jika dilihat dalam data yang ada, Pulau Pinang antara negeri yang mempunyai margin rizab air yang agak tinggi, lebih dari 20 peratus berbanding negeri-negeri lain yang lebih kritikal seperti Selangor dan Kelantan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim turut meminta penjelasan berhubung status terkini Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang, Kelantan.

“TAPS Machang adalah mekanisme untuk mengatasi masalah apabila berlaku ancaman atau kemarau yang panjang dan pencemaran sungai utama,” katanya.

Sementara itu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan Pulau Pinang sangat bergantung kepada bekalan air dari Sungai Muda, Kedah.

“Isu pokok bekalan air di Pulau Pinang, negeri ini tidak mempunyai kawasan tadahan air yang luas, jadi mereka sangat bergantung kepada Sungai Muda, Kedah kerana negeri itu mereka mempunyai bilangan penduduk yang tinggi dan sektor industri yang pesat.

“Atas dasar itu perlu mempelbagaikan sumber air bagi dan negeri itu perlu berbincang dengan negeri lain utnuk menangani itu itu,” – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -