Dr Fitriah dianugerah Tokoh Saidatina Aisyah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ustazah Dr Fitriah Ahmad dianugerah Tokoh Saidatina Aisyah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) kali ke-3 yang diadakan di Kompleks PAS Kedah hari ini. (Foto atas)

- Advertisement -

Beliau merupakan Naqibat Teras Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), pensyarah APSA, panel kurikulum Diploma Eksekutif Umrah dan Haji (DEUHA).

Dr Fitriah juga merupakan Ketua Penolong Mufti (bahagian Fatwa) di Jabatan Mufti Negeri Kedah selain aktif sebagai penceramah di negeri berkenaan.

Manakala Aziah Mohd Saad (APSA Melaka) menerima Anugerah Graduan Terbaik Diploma Eksekutif Naqibat (DEN). Beliau mendapat pangkat Mumtaz (kelas pertama) dengan jumlah mata keseluruhan (3.84) bagi kursus DEN.

Manakala seorang lagi graduan Nur Illiyen Abd Nasir dari Wilayah Persekutuan dinobatkan sebagai Pelatih Syifa Terbaik Program Eksekutif Syifa Aisyah (DESA).

Selain terlibat sebagai petugas parti di Selangor, anak kelahiran Kelantan itu juga antara graduan yang berjaya mencapai pangkat Mumtaz (3.94) DESA.

Dalam pada itu sembilan lagi graduan menerima Anugerah Naqibat Pelatih Terbaik APSA peringkat negeri.

Mereka ialah Siti Zaleha Ibrahim (Selangor), Prof Ir Noorsiah Majeed (Pulau Pinang), Janira Ain (Sabah), Sharifah Ahmad (Perlis), Faridah Kamarudin (Pahang), Aziah Mohd Saad (Melaka), Dr Rahimah Sahit (Kedah) dan Siti Rohaya Harun (Perak).

Semua penganugerahan disempurnakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salmiah Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 28/10/2023

- Advertisement -