DUPP seru ke Himpunan 10K Solidariti Palestin

- Advertisement -

FIRMAN Allah S.W.T;

- Advertisement -

يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ

 “(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. 

(al-Maidah; 21)

Perjuangan pembebasan Palestin adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam. Selain isu kemanusiaan yang dikejami, Palestin juga terungkap sejarah rampasan tanah berdaulat oleh Israel, juga penaklukan Masjidil Aqsa sebagai Tanah Suci umat Islam selepas Makkah dan Madinah.

Taufan Aqsa adalah rentetan perjuangan HAMAS dan Jihad Islami dengan suatu tujuan iaitu pembebasan bumi Palestin daripada Israel dan pembelaan kepada penindasan kemanusiaan yang telah dimulakan sekian lama terhadap rakyat Palestin. 

Walau apa jua cubaan Israel dan sekutu mereka memaparkan epilog twist di persada antarabangsa terhadap rampasan tanah dan penindasan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin, hakikatnya dunia memahami dan mengerti kisah sebenar yang berlaku.

Untuk itu, saya menyeru seluruh ahli Dewan Ulamak PAS dan para asatizah untuk bersama-sama hadir menyatakan mesej solidariti kepada saudara kita di Palestin yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023, Sabtu, jam 2 petang di pekarangan Masjid KLCC, Kuala Lumpur.

Solidariti untuk Palestin. Jumpa di sana.

Salam hormat.

YB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat  – HARAKAHDAILY 27/10/2023

- Advertisement -