Bersatu hantar surat tunjuk sebab MP Kuala Kangsar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan pada 23 hingga 25 November ini bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

- Advertisement -

Setiausaha Agung Bersatu Dato Seri Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi malam tadi yang dipengerusikan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat ketetapan tersebut.

Katanya Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Dr Radzi Md Jidin.

“Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap Bersatu pada 23 November, kemudian diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 November ini,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya juga Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu turut membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Kata beliau Lembaga Disiplin parti telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain sebelum sebarang tindakan diambil ke atas beliau mengikut perlembagaan parti. – HARAKAHDAILY 27/10/2023

- Advertisement -