200 peserta APSA wakili 9 negeri hadiri tamrin pra-graduasi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Hampir 200 peserta dari Akademik Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) mewakili sembilan negeri menghadiri tamrin pra-graduasi di Kompleks PAS Kedah (KOMPAS) sejak semalam.

- Advertisement -

Prorgram sepanjang dua hari itu berakhir hari ini melibatkan peserta dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Pengarahnya, Noraini Hussain berkata, program tersebut sebagai persediaan menghadapi dunia sebenar dan memberi pengukuhan nilai Alim Haraki Sufi (Akifi) kepada peserta.

“Kita juga mahu memastikan kelangsungan perjuangan muslimat yang bukan sahaja boleh menyampaikan usrah sekaligus dapat memimpin negara,” katanya pada program tersebut.

Di samping itu peserta dapat memberi respon balas tentang kurikulum yang mereka pelajari di sepanjang tempoh pengajian.

“Tiga kluster utama menjadi tunjang kurikulum APSA iaitu pengajian Islam, pengurusan dan kemahiran. Kita mahu ketiga-tiga kluster terbabit saling berhubung dengan nilai AKIFI,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/10/2023

- Advertisement -