Melihat HAMAS dari ungkapan Rasulullah S.A.W

- Advertisement -

SEMALAM di UK, Parlimen mereka terbuka menggelarkan HAMAS sebagai pengganas dan membela Zionis sebagai hak membela diri.

Semalam juga di Malaysia, speaker Parlimen larang sebut Zionis, kafir. What a coincidence!

Mengikut sistem Westminster, Parlimen adalah pentas menyatakan apa sahaja tanpa boleh dikenakan tindakan. Menyekat perkara ini adalah bercanggah dengan semangat demokrasi.

Sedih. Bila negara kafir terbuka mengutuk HAMAS, umat Islam malah agamawan negara Islam pun ada mengutuk sama HAMAS.

Sabarlah teman seperjuanganku di Palestin. Kami tahu kamu Harakah Muqawamah Islamiah (HAMAS) di pihak yang benar. Ujar Nabi Muhammad S.A.W:

- Advertisement -

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين

“Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang bangkit menegakkan agama,” 

Kalian tegas menentang Zionis, membenarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W:

لعدوهم قاهرين

“Terhadap musuh, mereka tegas menentang,”

Kalian tak patah semangat walau saudara seakidah di sekeliling tak bersama kalian. Persis ungkapan Rasulullah S.A.W:

لا يضرهم من خالفهم

“Tak terkesan dengan pihak yang meninggalkan mereka sendirian,”

Kalianlah wahai pemimpin Gaza, pejuang sejati Baitulmaqdis. Apabila para Sahabat bertanya siapakah mereka, Baginda S.A.W menjawab:

ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

“Mereka berada di Baitulmaqdis dan serambi Baitulmaqdis.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Salam al-Aqsa,

ALANG IBN SHUKRIMUN
11 Rabiul Akhir 1445
26 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 26/10/2023

- Advertisement -