DPPM lantik jawatankuasa harian sesi 2023-2025

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah melantik jawatankuasa harian pada mesyuarat kedua dewan itu, semalam.

- Advertisement -

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden mesyuarat itu diadakan sejurus selepas Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang diadakan di IDCC, Shah Alam ditangguhkan.

Menurutnya, pelantikan yang telah dipersetujui ialah Muhd Khidhir Izaidin sebagai setiausaha, Afiq (bendahari), Nadzir Helmi (ketua penerangan) dan Ustaz Sukri Omar (ketua pengarah pilihan raya).

“Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2023-2025 akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada Muktamar DPPM 19 Oktober lalu, beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menang tanpa bertanding.

Timbalan dan naib ketua masing-masing disandang oleh Mohd Hafez Sabri dan Muhammad Hanif Jamaluddin juga menang tanpa bertanding. – HARAKAHDAILY 23/10/2023

- Advertisement -