Perbahasan muktamar: Ada kritik tajam, puji melambung

- Advertisement -

PENGGULUNGAN dan penutup oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS ke-69.

- Advertisement -

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.” (Al-An’am: 153)

Ayat ini sangat penting, supaya terus berada atas jalan istiqamah. Banyak ayat Quran tafsirkan ayat ini.

Tahniah kepada pimpinan yang baru dipilih. Yang tidak dipilih, terus berada dalam muktamar, tidak akan tubuh parti lain. Nak tunjuk bahawa PAS bukan sekadar parti untuk ditumpang.

Semua dialu-alukan, mulai dari golongan muda, tokoh besar yang pernah dahulunya menentang kita dan lain-lain. Contohnya penentang Nabi di Mekah, kemudian masuk Islam di Madinah. Kita tidaklah sampai jadi macam di Mekah.

Perbahasan dalam muktamar untuk muhasabah. Ada yang kritik tajam, puji melambung. Ucapan dasar memuhasabah parti agar istiqamah dan tidak tergelincir. Tema ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan’ untuk isi kemenangan terutama di empat negeri, sebagai persediaan untuk perintah negara. Ia wajib dilaksanakan. Saya cadangkan tema ini menjadi tema di empat negeri. Ia dilaksanakan, bukan sekadar retorik.

Allah sebut:

اَلَّذِيْنَ اِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَرْضِ اَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ وَاَمَرُوْا بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَلِلّٰهِ عَاقِبَةُ الْاُمُوْرِ

Maksudnya: “Iaitu orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” (Al-Haj: 41)

Isinya: dirikan solat, tunaikan zakat melalui konsep ekonomi yang adil, amar makruf, nahi mungkar.

Dewan Himpunan Pendukung PAS sudah menghayati konsep dan sifat adil ini, prihatin dan berkebajikan.

Di akhir kitab Munyatul Musalli karya Sheikh Daud Fatani disebut tentang pemerintahan yang adil. Ada satu kisah tentang anak raja yang dipukul oleh gurunya. Bila anak raja itu jadi raja, guru beritahu kenapa beliau dipukul dahulu, iaitu supaya tidak zalim bila jadi pemerintah.

Kita pernah dizalimi. Bila kita jadi kerajaan, jangan buat zalim kepada orang lain, jangan balas dendam. Jangan jadi macam PH. Uar-uarkan tatakelola yang baik tapi tidak nampak buat zalim kepada orang lain.

Kita nak berlaku adil kepada semua orang dan rakyat, yang menyokong dan tidak.

Hamas dari Sunni, Hizbullah adalah Syiah tetapi mereka berpegang kepada agama, juga ahli kiblat. Mereka berjihad melawan zionis. Zionis perangi orang awam, termasuk hospital, rumah ibadat. Tak boleh samakan Hamas dengan Daesh kerana Hamas ikut adab-adab berperang.

Amerika Latin, SheikhulAzhar, Presiden Iran, Arab sekular sekalipun dan ramai yang lain sokong Palestin.

Mengenai konsep parti menguasai kerajaan, ada empat perkara: ia ada dalam Fasal 48 Perlembagaan PAS, Menteri Besar juga menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS negeri, parti bantu kerajaan dengan cawangan membantu wakil rakyat wanita di mana pergerakan mereka agak terbatas, cawangan membantu wakil rakyat yang lemah.

Ambil pengajaran dari ucapan Khulafa ar-Rashidin seperti Umar Al-Khattab dan lain-lain, juga yang sedia mendengar nasihat dari wanita, orang Badawi dan lain-lain rakyat biasa.

‘Pemimpin mesti rapat dengan ulamak. Ulamak jangan rapat dengan pemimpin.’

Ulama nasihat dengan betul dan benar kepada umara/pemerintah.

Hukum syarak telah lama dilemahkan oleh penjajah. Kini makin dilemahkan melalui cabaran kepada mahkamah syariah dan umat Islam. Ini juga cabaran kepada raja-raja sebagai penjaga agama. Hakim-hakim sebelum ini seperti almarhum Ahmad Ibrahim, Tun Salleh Abas dan beberapa orang hakim sangat bijaksana kerana kembalikan isu ini kepada Mahkamah Syariah.

Inilah 3R yang sebenar iaitu mencabar hukum Allah.

Semua mesti persiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

Gunakan kebijaksanaan dalam berpolitik, berdakwah.

Bezakan khutbah Jumaat, ceramah dan kuliah.

Catatan ringkas oleh:
USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
IDCC, Shah Alam
Ahad 22 Okt 2023 – HARAKAHDAILY 22/10/2023

Penulis (barisan hadapan, tengah) bersama para perwakilan PAS Kawasan Kemaman pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam.
- Advertisement -