Anugerah Istiqamah: Pemilihan Dr Mahfodz tepat

- Advertisement -

SHAH ALAM: Sidang As-Sabiqun PAS Pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengerusinya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed yang dipilih menerima anugerah Tokoh Istiqamah sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69.

- Advertisement -

Ucapan tahniah itu dirakamkan melalui kenyataan setiausahanya, Mohamad Noor Mohamad.

Menurut beliau, pemilihan Dr Mahfodz di saat menyambut ulangtahun ke 79 memang tepat berdasar penglibatan serta kepimpinan dalam organisasi PAS serta keupayaan melahirkan generasi pewaris perjuangan bersama harakah PAS.

Beliau berkata, Dr. Mahfodz memimpin PAS Negeri Johor selaku Pesuruhjaya dalam tempoh sesi 2004-2013 dan 2015-2017.

Manakala anak-anak beliau katanya, Ustaz Nushi sebagai Adun Semenyih, Selangor dan juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tambah beliau anak bongsu Ahmad Nawfal Mahfodz merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sejak sesi 2019 sehingga kini.

Sehubungan itu, Sidang As-Sabiqun PAS Pusat mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa PAS Pusat kerana membuat pemilihan yang tepat dengan memilih Dato’ Dr Mahfodz Mohamed yang kini adalah Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -