Pelancaran SG4 simbolik perasmian Muktamar PAS

- Advertisement -

SHAH ALAM: Pelancaran State-Government 4 (SG4) iaitu empat buah negeri diperintah PERIKATAN NASIONAL menjadi gimik perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke 69 yang berlangsung di Dewan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), di sini, hari ini.

- Advertisement -

Empat buah negeri tersebut iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis membentuk satu pakatan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Penasihat Ekonomi.

Dalam majlis itu, empat Menteri Besar terlibat iaitu Dato’ Panglima Perang Mohd Nassaruddin Daud, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Mohd Shukri Ramli telah menerima kad yang memaparkan bendera negeri masing-masing ke dalam sebuah peranti.

Peranti tersebut kemudiannya mengeluarkan sebuah kad yang tertera tulisan State Government Four.

Kad tersebut kemudiannya diserahkan kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sambil disaksikan oleh Tun Dr Mahathir dan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perasmian hari ini menandakan bermula Muktamar PAS Pusat kali ke 69 yang berakhir pada Ahad. – HARAKAHDAILY 20/10/2023

- Advertisement -