Serangan zionis: 3,478 rakyat Palestin terkorban, 12,065 cedera

- Advertisement -

ANGKA korban dalam kalangan rakyat Palestin akibat serangan ganas tentera rejim zionis Israel terus meningkat kepada 3,478 orang dengan lebih 12,065 lagi dilaporkan cedera yang mana kebanyakannya adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas. Angka korban ini termasuk korban akibat serangan ganas tentera rejim zionis Israel ke atas Al-Ahly Al-Mamdani Hospital.

- Advertisement -

2. Berikutan serangan ganas dan pengeboman tentera udara rejim zionis Israel ke atas Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza, ratusan ribu umat Islam mengadakan demonstrasi besar-besaran di di bandar-bandar utama Asia Barat seperti di Amman, Irbid, Baghdad, Tehran, Beirut, Damsyik, Idlib, Ankara, Rabat, Kaherah dan Tunis serta di beberapa bandar utama di Eropah dan Kanada termasuk di hadapan Rumah Putih.

3. Presiden Amerika Syarikat ketika lawatannya ke negara haram Israel hari ini menyatakan bahawa Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa negara haram Israel tidak akan bersendirian dan akan terus menyokong serta memberi jaminan dalam membela rakyatnya (pendatang haram yahudi). Beliau juga berkata amat sedih dan marah dengan pengeboman ke atas Al-Ahly Al-Mamdani Hospital dan nampaknya pihak lain yang melakukannya, bukan rejim zionis Israel.

4. Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu berkata kemarahan dunia terhadap pengeboman Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza tidak sewajarnya dihalakan kepada rejim zionis Israel tetapi kepada kumpulan pejuang Palestin. Beliau juga berkata dunia perlu bersatu untuk menumpaskan kumpulan pejuang Palestin.

5. Tanpa rasa gentar dan takut, rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ganas ke atas bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti bandar Gaza, Jabalia, Khanyounis, Beit Lahia, Nusirat dan Rafah termasuk mengebom sebuah bangunan kediaman 4 tingkat berdekatan Al-Shifa Hospital di mana terdapat lebih kurang 60 kanak-kanak di dalamnya yang menyebabkan banyak yang terkorban dan cedera.

6. Kumpulan pejuang Palestin meneruskan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim zionis Israel seperti di Tel Aviv, Sedirot, Iver, Kibots Nirim dan wilayah serta penempatan haram yahudi di Gaza termasuk menyerang kedudukan tentera regim zionis Israel di Nir Aam dan Kesovim. Pertempuran juga meletus antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di kawasan dan bandar di Tebing Barat seperti di kem pelarian Shufat di Jerusalem dan Hebron.

7. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan mortar dan roket ke arah kedudukan dan pengkalan tentera rejim zionis Israel yang berada di kawasan utara Lubnan seperti di Alma Al-Shaab dan Ramia dan di sempadan Lubnan-negara haram Israel yang mengakibatkan 4 orang tentera rejim zionis Israel cedera termasuk menyasarkan kereta kebal tentera regim zionis Israel di kawasan sempadan berdekatan bandar Eita Al-Shab yang menyebabakan kematian dan kecederaan di kalangan tentera rejim zionis Israel.

8. Akhbar The New York Times melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah menghantar sekumpulan pasukan operasi khas ke negara haram Israel untuk membantu perihal perisikan dalam usaha membebaskan tebusan yang ditahan dan menempatkan pesawat di kawasan tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum sebarang operasi dijalankan.

9. Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika berkata pengeboman ke atas Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza oleh tentera rejim zionis Israel adalah jenayah perang dan komuniti antarabangsa perlu bertindak.

10. Kementerian Luar Rusia menyatakan bahawa pengeboman tentera udara rejim zionis Israel ke atas Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza adalah jenayah dan ketegangan terkini dalam konflik Palestin-negara haram Israel adalah bencana global.

11. Tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia telah berjaya mengagalkan serangan dron yang menyasarkan tenteranya di Iraq.

12. Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan telah menerima laporan bahawa lebih 1,300 orang warga Palestin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat di serangan tentera rejim zionis Israel di mana 600 daripadanya adalah kanak-kanak.

13. Menteri Luar Iran Amir Hossien Abdollahain berkata Palestin sewajarnya harus kekal menjadi isu utama Dunia Islam.

14. Amnesty International menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden perlu menghentikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada tindakan rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin.

15. Kedutaan Amerika Syarikat dan negara haram Israel di Argentina dikosongkan berikutan ancaman bom.

16. Jerman mengerahkan pasukan tentera khas ke Cyprus untuk kemungkinan operasi menyelamatkan tebusan di Semenanjung Gaza.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -