Perlis tidak mahu jadi kerajaan sepenggal

Hakimi Mohamad
- Advertisement -

SHAH ALAM: Pasca kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis sudah tentu mengalami pelbagai mehnah dan cabaran.

- Advertisement -

Perwakilan Perlis, Hakimi Mohamad berkata, mengisi kemenangan lebih mencabar dari berusaha ke arah mencapai kemenangan.

“Mengisi kemenangan lebih susah dari berusaha menang kerana kita tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.

“Justeru itu, As-Sabiqun Perlis berusaha memberi kefahaman kepada ahli untuk memahami kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

“Kefahaman ahli dan penyokong untuk membuat perubahan terlalu drastik kerana Perlis sebelum ini dikuasai Barisan Nasional sejak 60 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada sesi perbahasan ucaptama di Konvensyen As-Sabiqun PAS Pusat di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Katanya lagi, selain dari memiliki pelbagai bangsa, Perlis juga mempunyai kaum Siam.

“Berjuang tidak selalunya akan mencapai kemenangan tetapi kita sentiasa bertarung untuk mencapai kemenangan yang diimpikan.

“Namun begitu kita tidak akan berhenti untuk berlawan, lawan tetap lawan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -