Era PN tiada sebarang kelulusan kawasan pembalakan

Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah sekiranya Pulau Pinang gagal membayar caj air mentah seperti dituntut sebelum ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan tersebut akan diambil sebelum berakhir tahun 2023.

Katanya tindakan itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bayan Baru Sim Tze Tzin yang mendakwa kononnya kerajaan Kedah tidak boleh diharap menjaga kelestarian Sungai Muda.

“Wakil rakyat terbabit cakap begitu di parlimen, kalau buat kenyataan di luar, kita boleh saman. Kerajaan negeri mana tak boleh harap,” pada di Sungai Petani hari ini.

Ahli Parlimen PH itu dilapor mendakwa krisis air di Pulau Pinang berpunca kegagalan pentadbiran Kedah mengurus Sungai Muda.

Pada kenyataan itu Sim Tze Tzin mencadangkan kerajaan Persekutuan campur tangan serta menubuh Sungai Muda River Basin (Pihak Berkuasa Lembangan Sungai).

Sanusi juga berkata, pemimpin PH mengaku pula Pulau Pinang mengambil air dari Sungai di Kedah.

“Saya nak tanya, Sungai Muda hak siapa?. Depa pula nak kawal Ulu Muda dan tempat tadahan air. Bila bercakap pasal bayaran, semua lari tak mahu bayar,” katanya.

Menteri Besar turut menafikan terdapat projek tanaman durian yang beroperasi di kawasan tadahan air Sungai Muda.

Menurutnya kawasan tadahan seluas 107,000 hektar digazet dan tidak dibenar diganggu oleh sebarang aktiviti sejak dahulu sehingga sekarang.

Kata beliau pembalakan di kawasan seluas lebih 100,000 hektar dilulus kerajaan negeri ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Sepanjang tempoh PERIKATAN NASIONAL (PN) mentadbir Kedah, tiada sebarang kelulusan pembalakan dibuat. Semua itu diluluskan pada zaman BN dan PH tetapi bukan di kawasan yang digazetkan.

“Cuma apabila kouta penebangan yang dibenarkan iaitu 4,200 hektar setahun, semua kelulusan pembalakan itu akan selesai penebangan dalam tempoh 18 tahun.

“Sedap-sedap kata Kerajaan Kedah tak boleh dipercayai sedangkan beban itu ditinggalkan oleh depa. Kalau tak bagi tebang langsung sila bayar ganti rugi kepada syarikat konsesi pembalakan,” tambahnya.

Sanusi juga berkata, kerajaan PN tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan pembalakan di kawasan gazet tahanan air seluas 107,000 hektar.

Kata beliau juga sebarang cadangan berkaitan Lembangan Sungai Muda yang dibuat kerajaan Persekutuan mesti mendapat persetujuan kerajaan negeri.

“Ini wilayah negeri kita, sungai kita, hutan kita, tanah kita, river basin kita. Sepanjang 140 kilometer aliran Sungai Muda hanya lima percent sahaja berada dalam Pulau Pinang, 95 kilometer lagi dalam Kedah.

“Bayaq duit ayaq mentah tu, kemudian bagi pandangan, tapi kalau hangpa tak mau bayaq apa-apa, hangpa bukan pelanggan kami. Pi main jauh-jauh. Bayaq kira beli dan customer kami, boleh bagi pandangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2023

- Advertisement -