Aziz Deraman dinobat Tokoh Budayawan Sepanjang Zaman

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menobatkan penggiat sastera dan penulis terkenal Datuk A Aziz Deraman sebagai Tokoh Budayawan Sepanjang Zaman.

- Advertisement -

A. Aziz yang juga Presiden Peradaban Melayu (Perdaban) menerima pengiktirafan itu sempena Anugerah Seni Budaya dan Apresiasi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Kamarudin berkata, kerajaan negeri akan terus memperkasakan seni dan budaya warisan yang tidak bercanggah dengan Islam.

Kata beliau, platform berkenaan akan menjadikan seni budaya warisan sebagai sumber ekonomi rakyat.

“Apa yang penting ia turut menjadi wadah menangani masalah sosial, integrasi kaum dan penggalak sektor pelancongan,” ujarnya pada program berkenaan di sini semalam.

Katanya juga, kerajaan negeri bekerjasama JKKN Kelantan menyenaraikan semua jenis kesenian dan kebudayaan termasuk permainan tradisional dalam usaha untuk melestarikan seni warisan tempatan.

Katanya, senarai berkenaan dibuat bagi mengenal pasti sama ada kesenian dan kebudayaan berkenaan masih aktif atau sebaliknya di Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/10/2023

- Advertisement -