Palestin: PASRelief salur bantuan awal RM100,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perang yang dinamakan ‘Taufan Al-Aqsa’ lebih dahsyat berbanding perang sebelum ini apabila penduduk dan pejuang Palestin bangkit menuntut hak mereka selepas 75 tahun peristiwa Nakbah.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, pihaknya telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin selepas serangan bermula pada Sabtu baru-baru ini.

“Alhamdulillah, bantuan awal kecemasan yang disalurkan seperti keperluan makanan asas dan wang tunai telah pun sampai dan diagihkan sebahagiannya oleh wakil PASRelief di Palestin kepada mangsa-mangsa perang di sana.

“Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim zionis Israel yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Tambahnya, PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin.

Oleh itu, ujarnya PASRelief memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.

Tambahnya, segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PASRelief 5640 7061 4481.

Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144. – HARAKAHDAILY 10/10/2023

- Advertisement -