Tidak minat BN kerana tidak mahu tertipu lagi

- Advertisement -

BENTONG: “Saya tak boleh nak tonjolkan saya sokong parti apa,” kata seorang ibu tunggal kepada Noratiqah Abu Bakar, isteri calon PERIKATAN NASIONAL untuk PRK Dun Pelangai, Cikgu Kasim Samat di Simpang Pelangai.

- Advertisement -

Beliau yang enggan namanya dikenali berkata, orang-orang Melayu sudah tidak berminat untuk mendengar ceramah Barisan Nasional (BN).

Ini, ujarnya kerana mereka tidak mahu tertipu lagi setelah janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu tidak ditunaikan.

Beliau juga kecewa kerana permohonan rumah tidak mendapat apa-apa reaksi daripada pihak berkenaan.

“Saya telah lama mohon rumah dari 2016 lagi tapi hingga sekarang tidak dapat lagi, rumah masih menyewa, tanah tiada, umur dah masuk 50, apa pun tak ada,” ujarnya kepada Noratiqah ketika ditemui di sebuah warung bersama Pasukan Kempen Muslimat dan Jentera Wanita PN, semalam.

Puan Sakinah Ismail pula, melahirkan rasa kesal terhadap Ahli Parlimen Bentong yang telah berkempen untuk memberi bantuan persekolahan kepada ahli keluarganya yang mempunyai empat orang anak yang bersekolah.

Beliau telah pergi ke pejabat ahli parlimen tersebut dengan harapan untuk mendapat bantuan seperti mana yang telah dijanjikan semasa kempen PRU15.

Namun, ujarnya dia telah dikenakan pelbagai syarat untuk mendapatkan bantuan tersebut, walhal semasa berkempen tiada syarat dikenakan untuk tujuan itu.

Beliau telah berjanji untuk tidak lagi menyokong BN dan akan memilih PERIKATAN NASIONAL dalam PRK Pelangai ini. – HARAKAHDAILY 6/10/2023

- Advertisement -