‘Kami akan balas jasa Cikgu Kasim melalui peti undi’

- Advertisement -

BENTONG: “Kami akan balas jasa Cikgu Kasim melalui peti undi!.”

- Advertisement -

Begitu janji yang dilafazkan oleh sebahagian besar anak-anak murid calon PERIKATAN NASIONAL, Cikgu Kasim Samat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai esok.

Bekas guru berpengalaman luas, anak jati Pelangai itu dijangka mendapat sokongan besar di saluran dua, tiga dan empat yang mana majoriti anak-anak muridnya yang berada di Dun Pelangai dijangka akan mengundi di ketiga-tiga saluran tersebut.

Berdasarkan tinjauan, sepanjang dua minggu tempoh berkempen berlangsung sejak 23 September lalu, kehadiran Cikgu Kasim di mana-mana program mahupun sesi ziarah, mendapat perhatian dan sambutan yang cukup memberangsangkan.

Aisyah Abdullah, bekas anak murid Cikgu Kasim ketika berada di tingkatan empat dan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi, sangat berharap agar gurunya itu diberi kemenangan pada 7 Oktober ini.

“Saya kenal sangat Cikgu Kasim sebab dia guru saya, pernah ajar saya masa tingkatan empat dan lima. Dia memang guru yang tegas, baik.

“Kalau anak murid tak datang sekolah, dia akan pergi ke rumah jumpa budak tu, tanya kenapa tak datang sekolah, dia ambil berat anak-anak murid dia,” ujarnya.

Petugas keselamatan sebuah sekolah itu turut ditebak dengan soalan, ramai ke orang suka Cikgu Kasim.

“Murid-murid memang sukalah dengan Cikgu Kasim,” ujarnya sambil tersenyum.

Bagi Atan Talib, 48, mengharapkan penduduk di Dun Pelangai bersedia memberi kepercayaan kepada Cikgu Kasim untuk membantu dan memberi perubahan kepada Pelangai kerana gurunya merupakan seorang pendidik yang baik.

“Saya anak murid dia, saya kenal lah guru saya. Tanya budak-budak yang pernah jadi anak murid dia, dari jauh dia orang akan angkat tangan, ’Cikgu’!” ujarnya.

Ini, katanya menunjukkan Cikgu Kasim dikenali dan disenangi anak-anak muridnya di Pelangai.

“Saya akan undi cikgu, nanti cikgu boleh berkhidmat dan memberi kemajuan kepada kampung ni, lama dah terabai, tengoklah tempat lain dah maju, tempat kita macam ni lah sejak BN perintah,” ujarnya penuh harap. – HARAKAHDAILY 6/10/2023

- Advertisement -