PRK Pelangai: Peluang kukuhkan kedudukan PN, terserah rakyat

Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah peluang PN mengukuhkan kedudukan parti itu di negeri Pahang dan berpotensi membentuk kerajaan baharu dibawah pemerintahan PN.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha usaha yang bersungguh-sungguh sedang giat dijalankan oleh jentera dalam memenangi hati pengundi Pelangai bagi PRK yang dianggap penting itu.

- Advertisement -

“Maka, PRK Pelangai ini penting dan kita sedang berusaha bersungguh-sungguh supaya pengundi di sini memberi sokongan kepada calon kita, Cikgu Kasim.”

“Di samping itu, jika kita mencapai kemenangan melalui PRK ini, maka ia akan mengukuhkan kedudukan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Dialog Bersama NGO Melayu Islam Pahang di Jelebu, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Sementara itu, ketika mengulas tentang kemungkinan pertukaran kerajaan negeri, Muhyiddin berkata, ia bergantung kepada keadaan dan mestilah melalui lunas undang-undang. 

“Kita tahu bilangan kita mencukupi, tetapi (kita kena) tengok keadaan dan masa, kalau ada keadaan yang tertentu yang boleh menyebabkan kita boleh bentuk kerajaan, kita harap kita boleh bentuk kerajaan.

“Namun,  kita tahu (di Malaysia ini) ada sistem parlimen, peraturan atau pelembagaan. Itu semua kita faham.Tetapi apapun segalanya terserah kepada rakyat di Pelangai (untuk menentukan segalanya). katanya.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga menyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyokong rancangan kerajaan negeri melantik Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat di empat negeri di bawah pemerintahan PN.

“Itu keputusan yang telah dibuat oleh PN terutama di empat negeri. Mungkin mereka melihat Tun Mahathir adalah tokoh negarawan yang cukup berpengalaman bagi memberi nasihat.”

“Saya menyokong langkah ini dan kita harap empat negeri utama tersebut akan disatukan di bawah wilayah pertumbuhan (ekonomi) yang lebih pesat selepas daripada ini.”

“Saya pun bila-bila masa jika diperlukan untuk membantu mana-mana buah negeri terutama di bawah PN, saya bersedia,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/10/2023

- Advertisement -