Kosovo: Empat maut, gereja diserbu 30 lelaki bersenjata 

Polis Kosovo memindahkan individu yang mengalami kecederaan di persimpangan jalan menuju ke Gereja Banjska di perkampungan Banjska, Kosovo pada 24 Sept 2023. (FOTO: AP)
- Advertisement -

MITROVICA UTARA, Kosovo: Sekumpulan lelaki bersenjata etnik Serb yang menaiki kenderaan berperisai menyerbu sebuah perkampungan di utara Kosovo dengan berlindung dalam sebuah gereja, memerangi pihak polis, mencetuskan kebangkitan semula keganasan di utara bergolak yang mengorbankan empat orang.

Pihak polis yang mengepung lokasi kejadian pada Ahad (24 Sept), di  sebuah gereja Ortodoks Serbia berhampiran perkampungan Banjska di wilayah majoriti Serbia, lokasi di mana paderi dan orang ramai yang bersembunyi  ketika berlaku kejadian tembak-menembak bermula pada jam 3 pagi (waktu tempatan).

- Advertisement -

Pihak berkuasa di Kosovo dan Serbia berkata, seorang pegawai polis dan tiga daripada penyerang maut, lapor AP.

Presiden Serbia Aleksandar Vucic menurut akaun polis Kosovo dilaporkan sebagai berkata, sekumpulan puak Serbia-Kosovo telah meletakkan  sebuah kenderaan di atas jambatan ke perkampungan Banjska, menembak pihak polis yang menghampiri mereka, sebelum pertempuran berpindah ke gereja berdekatan.

Vucic berkata tindakan itu adalah pemberontakan terhadap Perdana Menteri Kosovo-Albania, Albin Kurti, yang enggan menubuhkan persatuan majlis perbandaran Serb di utara Kosovo.

Sementara, Menteri Dalam Negeri Kosovo, Xhelal Svecla berkata, polis telah menemui sejumlah besar senjata berat, bahan letupan dan pakaian seragam ‘yang mencukupi untuk ratusan penyerang lain,’ menunjukkan ia adalah persediaan untuk serangan besar-besaran

Etnik Albania membentuk sebahagian besar daripada populasi 1.8 juta penduduk Kosovo, bekas wilayah Serbia.

Namun, kira-kira 50,000 puak Serbia di bahagian utara negara itu tidak pernah menerima pengisytiharan kemerdekaan Kosovo 2008 dan masih melihat Belgrade sebagai ibu negara mereka, lebih dua dekad selepas pemberontakan gerila Albania Kosovo menentang pemerintahan Serbia yang menindas. – HARAKAHDAILY 25/9/2023

- Advertisement -