Apabila amalan sihir diguna lunas hasad dengki

- Advertisement -

PETANG semalam ke Taman Sri Haneco menyampaikan bantuan kecemasan kepada En Azmi (bukan nama sebenar) bersama AJK PAS Cawangan Taman Sri Haneco. 

Menurut Encik Azmi, beliau suami isteri telah 5 bulan tidak berniaga kerana sakit. 

Di zaman serba moden ini, amalan sihir semakin berleluasa dan menjadi pilihan mereka yang jauh dari Tuhan. 

Mungkin dengan menggunakan sihir sebagai jalan pintas, terasa puas hati dapat mengekang saingan dan mendatangkan penderitaan kepada orang yang dibenci. 

Namun sedarkah Allah lebih-lebih lagi benci kepada mereka yang mengamalkan sihir dan syirik ini? Apa harga seluruh dunia ini jika Allah dan Rasul benci? Hidup tak bahagia, mati nanti lebih dahsyat azab yang menanti. Nauzubillah.  

Semoga kita semua selalu di bawah lindungan dan panduan-Nya serta terpelihara daripada amalan yang tidak diredhai-Nya.

Salah-satu cara melindungi atau menghilangkan sihir dari tubuh kita adalah dengan membaca Surah Al Muawwidzat (Al Falaq dan An Nas):

Daripada Aisyah R.A katanya yang bermaksud:

“Nabi S.A.W apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam, Baginda menadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

“Kemudian Baginda sapu ke bahagian badan bermula dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai dengan dua tapak tangan. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga dengan amalan yang istiqamah, kita dapat terhindar dari sebagai keburukan dan hasad dengki manusia.  

YB USTAZ NUSHI MAHFODZ
Ahli Dewan Undangan Negeri
N.24 Semenyih – HARAKAHDAILY 25/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -