Saudi pertimbang iktiraf Israel: Palestin keluar amaran

Mahmoud Abbas berucap pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada 21 Sept 2023. ( FOTO: AP)
- Advertisement -

NEW YORK: Tiada perdamaian di Timur Tengah akan dapat dicapai tanpa penyelesaian muktamad antara Palestin dan Israel dicapai.

Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataan amaran itu PBB), ketika Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Israel.

- Advertisement -

“Pihak yang fikir bahawa keamanan boleh berlaku di Timur Tengah tanpa rakyat Palestin menikmati hak nasional mereka yang sah dan penuh akan silap,” katanya dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (19 Ogos), waktu tempatan.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun itu membuat rayuan baharu kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk mengadakan persidangan antarabangsa bagi mewujudkan negara Palestin yang sah, lapor TRT World.

Amerika Syarikat, yang secara tradisinya  sudah lama menjadi ‘broker’ keamanan antara kedua-dua pihak, telah berputus asa dengan rundingan serius, yang menyaksikkan kerajaan sayap kanan pimpinan PM Israel, Benjamin Netanyahu  telah mendorong ke meneruskan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

“Persidangan PBB  adalah  peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian Palestin dan Israel untuk mengelakkan keadaan daripada merosot dengan lebih serius dan mengancam keselamatan dan kestabilan rantau kita dan seluruh dunia,” tegas  Abbas.

Ucapannya dibuat sehari selepas Netanyahu membincangkan normalisasi Saudi dalam pertemuan dengan Presiden AS, Joe Biden dan sebagai pemerintah de facto Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkata bahawa proses itu semakin ‘lebih nyata’.

Terdahulu, Israel dan AS percaya bahawa hubungan Israel-Saudi akan menjadi pengubah permainan konflik Timur Tengah. – HARAKAHDAILY 22/9/2023

- Advertisement -