T-Fight rancakkan proses lahir atlet berkualiti

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Terengganu Fight Festival (T-Fight) 2023 merancakkan lagi proses untuk melahirkan atlet yang berkualiti dalam sukan Muay Thai.

- Advertisement -

Kejohanan T-Fight yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini bakal menampilkan atlet ternama antaranya Ali Yaakub, dan pemenang dua kali ONE Championship yang sedang meningkat naik, Aliff Rakib.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Hishammudin Abdul Karim, berkata, dalam rekod di peringkat Sukma atlet Muay Thai ini antara yang ada nama dan disahkan oleh persatuan Muay Thai.

“Malahan apa yang disebutkan tadi Mat Ali sendiri pun bekas atlet Sukma yang pertama, Aliff Rakib yang sedang mencipta nama sekarang ini.

“Kita yakin konsep yang diperkenalkan ini makin merancakkan lagilah proses untuk melahirkan lagi atlet yang berkualiti dalam sukan Muay Thai,” katanya pada sidang media Terengganu T-Fight Festival 2023 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Walaupun bagaimanapun, kata beliau, oleh kerana ia penganjuran bertaraf profesional pihaknya terpaksa membuat beberapa analisa kaji selidik bagi memastikan ia bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh syariah.

“Kita tidak jenamakan sukan kita ini patuh syariah, kita jenamakan di bawah konsep mesra syariah sebagai peringkat awal dan kita akan terus upgrade perbaiki dari masa ke semasa.

“Semua perkara ini kita akan bincang dengan pemegang taruh antaranya persatuan Muay Thai sendiri kita perlu mengambil maklum balas secara mendalam pada pihak aktivis penggiat sukan Muay Thai berkenaan dengan apa yang telah dilaksanakan dan bentuk-bentuk yang kita perlu perhalusi dengan baik.

“Insya-Allah konsep-konsep seperti ini membuktikan bahawa pihak kerajaan negeri tidak terus menutup tetapi kita mencari jalan bagaimana memastikan ia mengikut landasan yang sepatutnya insya-Allah,” katanya yang juga Adun Tepoh.

Menurut Hishammudin, konsep yang dimaklumkan oleh penganjur mengambil semangat kesukanan dalam pertahanan diri dengan menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh pihak Sukma.

Tambah beliau, dengan peraturan yang boleh dikatakan hampir sama masing-masing di antara regu lawan akan mengutip mata berasaskan kutipan mata dan bukannya berasaskan sistem KO dan seumpamanya.

“Jadi atas pertimbangan ini kita akan melihat dan memantau konsep perjalanan T-Fight untuk dijadikan garis panduan yang paling sesuai untuk dilihat oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Sehubungan dengan itu saya akan memohon kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu menghantar satu pasukan bagi memantau secara lebih dekat dan mengambil maklumat daripada pihak penganjur secara langsung bagi hari kejadian untuk melihat dan menyaksikan sendiri konsep yang mereka memperkenalkan dalam T-Fight ini.

“Jadi insya-Allah kalau sekiranya atas semangat kesukanan ini mampu untuk diterjemahkan ia akan menjadi penganjuran yang berprestij yang akan dilangsungkan pada tiap-tiap tahun oleh pihak penganjur bersama kerajaan,” katanya.

Dalam usaha penganjuran ini, kata beliau, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pihak penganjur bagi menjayakan hasrat T-Fight untuk lebih mendapat sambutan.

“Insyaallah akan dihuraikan oleh semua wakil urustia supaya seluruh masyarakat di Terengganu dapat mengikuti sama dalam T-Fight festival pada akhir September ini.

“Untuk lain-lain bagi pihak kerajaan negeri kita akan memberi sokongan di atas semangat kesukanan dan kita juga akan tambah baik dengan beberapa perkara yang telah saya nyatakan sebentar tadi,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2023

- Advertisement -