Dr Rosilawati sertai Munajat Assabiqat Johor

- Advertisement -

MUAR: Program Munajat Assabiqat PAS Johor telah dihadiri oleh Dr Rosilawati Mohd Noor yang merupakan isteri kepada calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya.

- Advertisement -

Program yang dianjurkan sempena sambutan Hari Assabiqun PAS Johor kali kedua itu berlangsung secara tertutup untuk ahli PAS di Markaz PAS Kawasan Bakri, di sini, pagi tadi yang dihadiri lebih 100 ahli Assabiqat.

Program munajat itu diadakan bertujuan bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberikan kemenangan kepada PERIKATAN NASIONAL bagi PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang bakal berlangsung pada 9 September ini.

Turut hadir ialah Datin Norain Abdul Wahid yang merupakan isteri kepada Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz dan Ketua Assabiqat Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ), Fatimah Ismail.

Program yang bermula pada jam 8.15 pagi itu telah dipimpin oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Ledang, Ustazah Zainab Hussin sementara taujihat disampaikan oleh Ketua Assabiqat Kelantan, Ustazah Rahimah Hussin. – HARAKAHDAILY 2/9/2023

- Advertisement -