GAMIS sokong laksana modul Hadis 40 Imam Nawawi

- Advertisement -

GAMIS memberikan sokongan sepenuhnya atas pelaksanaan Inisiatif Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di 289 buah sekolah kerajaan, terutamanya kepada guru dan murid yang beragama Islam.

- Advertisement -

Langkah ini dianggap selaras dengan keadaan semasa yang menekankan perlunya membentuk akhlak dan personaliti yang baik.

Sesuai dengan Seksyen 50(1) dalam Akta Pendidikan 1996, “Jika terdapat lima murid atau lebih yang menganut agama Islam dalam satu institusi pendidikan, maka mereka harus menerima pengajaran agama Islam dari guru yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri”.

Berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara, maka pengajaran agama Islam adalah wajar dan menjadi tanggungjawab bersama negara.

Usaha membangunkan kurikulum pengajaran agama Islam dalam sistem pendidikan utama ini bukanlah satu perkara baru dan telah berjalan dengan baik melalui perubahan mata pelajaran seperti Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam, j-Qaf, Tamadun Islam, dan modul lain, sama ada dalam format formal atau tidak formal.

Oleh itu, sokongan GAMIS terhadap inisiatif ini adalah sebagai manifestasi dari nilai-nilai agama dan tanggungjawab untuk membangunkan sahsiah yang baik dalam kalangan komuniti Islam di Malaysia.

Teruskan KPM selagi inisiatif ini memberikan kebaikan kepada rakyat terutamanya umat Islam, kami akan sokong.

Moga inisiatif KPM ini boleh memberikan contoh kepada wanita Muslim yang mampu memelihara agama di peringkat kementerian. Tahniah kami ucapkan!

AMAL HADAYA MOHAMMAD SHARIFUDDIN
Naib Presiden 3 (Pengerusi SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 29/8/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -