Jati diri Melayu

- Advertisement -

APA makna jati diri? Apa makna lambang identiti membentuk jati diri?

- Advertisement -

Jati diri membawa makna sifat-sifat, ciri-ciri, karakter, dan jiwa yang membentuk keutuhan diri melalui lambang identiti diri. Jika disebut jati diri bangsa, maka kita perlu faham dulu makna bangsa, kaum (etnik, suku) dan sub-kaum (sub-etnik, sub-suku).

Dalam konteks bangsa (nation) di Alam Melayu bangsa ini disebut ‘Rumpun Melayu’ yang terdiri daripada pelbagai etnik dan sub-etnik. Rumpun Melayu ini berada di Benua@Pentas Sunda@ Asia Tenggara yang dsiebut juga sebagai Alam Melayu. Cri-ciri mereka adalah kulit sawo matang, rambut ikal, keriting dan lurus, hidung tidak mancung, ketinggian antara 5 hingga 6.5 kaki atau 152 hingga 198 cm. Berbanding dengan penduduk dari Pentas Yangzte yang bermata sepet, kulit putih cerah, putih kuning, dan putih merah, berambut lurus, ketinggian sekitar 137 hingga 182 cm, dan penduduk dari Pentas Dekka atau Benua India yang berkulit gelap, hidung mancung, dan berambut ikal dan keriting.

Maka dari ciri-ciri fizikal itu kita sudah boleh kenal sesuatu bangsa dan kaum. Tetapi kita belum lagi kenal jati diri sesuatu bangsa dan kaum itu. Pastia ada lagi lambang identiti pada tubuh bangsa dan kaum yang memudahkan kita mengenali mereka.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Hujurat: Ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal mereka serta dalam kalangan sesama kaum mereka sendiri”.

Maksud lita’arafu atau saling kenal mengenal ialah mereka kenal mengenal antara satu sama lain dalam kalangan sesama kaum mereka sendiri iaitu pastinya ada lambang identiti ketara yang boleh dilihat pada diri bangsa dan etnik dan juga sub-etnik.

Bagi jati diri bangsa Rumpun Melayu dan etnik Melayu di Malaysia, ada 10 lambang identiti yang ketara:

Islam

Bahasa Melayu

Tulisan jawi

Busana Melayu

Artifak senjata Melayu

Adab-adat Melayu

Etno-sains kesihatan dan Perubatan Alam Melayu

Seni bela diri Melayu

Makanan Melayu

Motif Melayu pada senibina, seni tampak, seni halus, seni kaligrafi (melayu dan Islam)

Cuba kita bandingkan dengan senarai jati diri orang Jepun.

Tulisan Jepun kekal sebagai bahasa utama dalam urusan rasmi, papan tanda, iklan dan media

Pedang Samurai kekal sebagai warisan dan dihormati

Ninja dan karate kekal sebagai seni bela diri dan dihormati sehingga menjadi rebutan filem, permainan video, dan sukan gladiator

Majlis minum tea dianggap majlis prestij

Busana Kimono tradisi dan busana Samurai diberi penghormatan tinggi

Tujuh prinsip Bushido dikekalkan dan diwarisi dalam kehidupan

Agama Shinto masih kekal dianuti sebagai agama tradisi

Tulisan kaligrafi Jepun diberi penghormatan

Cuba banding dengan jati diri orang China dan Korea

Mereka kekal dengan bahasa China dan Korea

Mereka pulihara dan kekal guna tulisan aksara China dan aksara Korea

Busana China dan busana Korea masiih digunakan dan dihormati

Seni bela diri Kungfu China dan Tae Kwan Do Korea terus diterima di peringkat dunia dan dihormati sehingga masuk ke dalam filem antarabangsa seperti Panda Kungfu.

Makanan orang China seperti Yong Tau Fu dan makanan Korea mendapat tempat dalam dunia luar China dan Korea

Kaligrafi China dan Korea amat dihormati

Cuba banding dengan jati diri Malaysia.

Apa jati diri Malaysia? Apa lambang identiti Malaysia?

1. Bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu tapi sebahagian rakyat tidak menerimanya sebagai bahasa utama, kerana sekolah vernakular tolak bahasa Melayu, iklan tidak dalam Bahasa Melayu, kenyataan rasmi kerajaan ada dalam bahasa lain dari Bahasa Melayu (semasa pemerintahan PH), PM berucap dalam Bahasa Inggeris di PBB; Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam sektor swasta; pencarian pekerjaan, digunakan dalam mesyuarat kerajaan dan urusan dalam kerajaan di negara sendiri.

2. Tulisan jawi dalam Bahasa Melayu tidak digunakan, malah dihapuskan dan dimusuhi oleh golongan vernakular; tidak digunakan dalam iklan. sedangkan tulisan jawi adalah medium dalam semua hubungan dalam empayar Melaka dan surat-menyurat dengan kerajaan Inggeris dan Portugis satu masa dulu. Jawi menjadikan empayar Melaka terkenal di seluruh dunia

3. Keris dimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci

4.Seni silat Melayu didimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci, termasuk oleh agamawan yang jahil tentang ilmu warisan

5. Tiada majlis prestij budaya utama di negara ini seperti majlis minum teh tradisi, cuma rumah terbuka hari besar perayaan etnik, tetapi hari budaya utama orang Melayu ialah hari-hari dan majlis yang berasaskan ajaran agama seperti Hari Maulidir Rasul, Hari 10 Muharram, majlis cukur jambul, majlis aqiqah, hari raya

6. Busana Melayu tradisi tidak diberi penghormatan dalam mengiringi Sultan dan Raja, tidak dipakai dalam Parlimen, tidak dipakai pada hari-hari besar perayaan negara, termasuk pada hari raya

7. Seni silat Melayu tidak mendapat penghormatan, malah dipandang sepi; tidak mendapat tempat dalam filem dan industri kreatif. Ramai anak mudah Melayu tidak mahu belajar silat, malah ada yang pandang serong pada silat.

8. Kita ada Rukun Negara, 5 prinsip utama, tetapi tidak dihayati oleh banyak pihak dari pemimpin hingga kepada rakyat

9. Agama Islam adalah agama persekutuan, mempunyai kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan tapi diperlekehkan dalam urusan pentadbiran, malah dicabar untuk digugurkan dari Perlembagaan dalam beberapa kes, termasuk kes murtad, tukar agama, sekolah agama.

10. Tulisan khat Jawi kita hidup segan mati tak mahu di negara kita.

Apabila orang merasa benci terhadap lambang identiti jati diri Melayu, maka mereka menjadi satu bangsa dan etnik yang amat lemah, berbanding dengan Jepun, Cina dan Korea yang hargai dan hayati jati diri mereka dalam kehidupan mereka dan kehidupan bernegara.

Siapa Melayu? Apa makna Melayu?

Ada orang Melayu merujuk kepada kawasan bukan bangsa. Pandangan ini amat menyeleweng. Kalau dilihat orang India ada lokasi benua India, orang China ada benua China, maka mana mungkin Melayu tidak ada benua. Justeru Melayu itu adalah satu bangsa (nation) sebagai satu Rumpun Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik dan sub-etnik di Pentas Sunda yang disebut juga sebagai Benua Sunda.

Dari sudut geografi, orang Melayu itu khususnya berada dalam lingkungan Pentas Sunda di Asia. Manakala Melayu diaspora berada ramai di Selatan Afrika, Arab Saudi, Australia, England, dan Surinam. Dari sudut linguistiks, orang Melayu itu berangkai dari Pulau Easter hinggalah ke Madagaskar.

Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pernah perkenalkan dua konsep penting dalam anthopologi dan digunakan di seluruh dunia oleh ahli-ahli sains sosial untuk menganalisis dan memahami fenomena atau isu-isu sains sosial dalam masyarakat dan bernegara.

Konsep everyday defined dan authority defined:

Everyday defined, atau definisi harian adalah definisi yang diberikan rakyat umum mengenai sesuatu. Ia ada pelbagai variasi dan boleh berubah. Misalnya, siapa Melayu? Rakyat umum akan kata Melayu itu ada yang Islam, ada yang tidak Islam, Melayu adalah keturunan. Definisi harian ini menjadi popular dalam masyarakat awam di dalam dan luar negara. Tetpi ia bukan deifini autoriti jika mahu dipakai dalam negara kita.

Melayu ada darah Nusantara. Lalu ada yang kata orang yang bukan Melayu telah ‘masuk Melayu’ apabila ia masuk Islam, ada yang tidak setuju dan kata mereka masih kekal keturunan mereka, bukan Melayu. Malah Jawa kata mereka bukan Melayu kerana bagi mereka Melayu ini satu sub-etnik di Sumatera. Pelbagai perbahasan panjang mengenai siapa Melayu. Apa pun, orang-orang yang kulit sawo matang, rambut kerinting, ikal, dan lurus, serta tinggi antara 5 hingga 6 kaki adalah ciri-ciri orang Rumpun Melayu di Pentas Sunda ini terdiri dri pelbagai etnik dan sub-etnik. Ia berbeza dengan orang Cina, Jepun, dan Korea dari Pentas Yangtze mempunyai warna kulit putih, putih kuning langsat, dan putih merah serta mata sepet. Dan ia juga berbeza dengan orang-orang dari Pentas Dekka atau Benua India yang berkulit hitam dan hidung mancung.

Authority defined atau definisi autoriti ialah takrifan yang diberikan oleh pihak berkuasa undang-undang iaitu pihak kerajaan dan didokumentasikan dalam bentuk Perlembagaan, yang menjadi suatu rujukan mutlak. Misalnya dalam isu siapa Melayu, Akta dalam Perlembagaan Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah [1] beragama Islam, [2] mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan [3] (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut. Definisi autoriti ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, bukan di Indonesia, Thai, Brunei, dan Indonesia.

Dalam perbahasan isu siapa Melayu ini, kalau dirujuk definisi autoriti, maka banyak perkara dapat diselesaikan. Dalam urusan pentadbiran dan pengurusan negara, definisi ini penting bagi menyelesaikan pelbagai isu. – HARAKAHDAILY 22/8/2023

- Advertisement -