Sekilas Pemilu Indonesia 2024

- Advertisement -

SUHU politik Malaysia mula mereda setelah selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos 2023. Kini, suhu politik negara jiran Indonesia mula hangat dengan calon-calon Presiden yang bakal dipertandingkan pada 14 Februari 2024. Tiga calon Presiden yang bakal dipertandingkan adalah Prabowo Subianto (Partai Gerindra), Anies Baswedan (Partai Demokrat) dan Ganjar Pranowo (Partai Demokrasi Indonesia – Perjuangan).

Melihat dari segi ‘track record’, pertandingan antara Prabowo dan Anies dilihat sengit apabila kedua-duannya pernah menjadi menteri (Prabowo – Menteri Pertahanan dan Anies – Menteri Pendidikan). Ganjar pula hanya bekas Gabenor di Jawa Tengah. Walau bagaimanakan, dinamika politik Indonesia sukar diramal.

Dua kali Prabowo dikalahkan oleh Jokowi dalam dua siri Pilpres 2014 dan 2019. Prabowo – Sandiaga kalah pada Pilihan Raya Presiden (2019) yang lepas apabila gandingan Joko Widodo – Ma’ruf Amin berjaya meraih undi sebanyak 85.60 juta dengan majoriti 16.95 juta undian. Namun, pada Pilpres akan datang, Prabowo mempunyai peluang cerah apabila seteru politiknya Jokowi tidak lagi bertanding dalam Pilpres 2024.

Pilpres kali ini juga dilihat penting apabila Jokowi, seorang sosok yang banyak berjasa kepada ekonomi Indonesia tidak lagi bertanding. Adakah calon-calon Pilpres ini setanding dengan Jokowi bagi memandu Indonesia lebih maju dan membangun?

Pilpres 2024 nanti bakal menjadi penentu sama ada Indonesia kekal menjadi kuasa besar Asia Tenggara mahupun sebaliknya.

MUHAMMAD ABDUL MALIK ABDUL KARIM
Pengerusi
Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 21/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -