Kedah tampil 7 muka baharu anggota Exco

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengekalkan tiga muka lama sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan melantik tujuh muka baharu bagi mentadbir Kedah bagi penggal ke-15.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLS), Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar.

Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal menerajui Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan.

Dato’ Halimaton Shaadiah Saad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan.

Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar.

Manakala muka baharu iaitu Ustaz Mohd Azam Abdul Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan), Dr Haim Hilman Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi).

Mejar (B) Mansor Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan), Dzowahir Ab Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan), Dato’ Salleh Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan).

Muhammad Radhi Mat Din (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) dan Wong Chia Zhen (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat China, India, Siam dan NGO).

Watikah pelantikan perkenan disampaikan oleh Tuanku Sultan Kedah, Al-Amirul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, selepas majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit hari ini. – HARAKAHDAILY 21/8/2023

- Advertisement -