Residensi Wilayah: Mudahkan rakyat memiliki kediaman

- Advertisement -

REACH mengucapkan tahniah di atas pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang pembangunan kediaman mampu milik di Desa Tasik Sungai Besi 17 Ogos lepas.

- Advertisement -

Pembinaan 1,010 unit kediaman khusus untuk kumpulan M40 dan B40 memang dinantikan oleh rakyat.

Sebanyak 910 unit dengan keluasan 902 kaki persegi dan 908 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM300,000 sebuah di Residensi Wilayah.

Sementara 100 unit dengan keluasan 902 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM200,000 sebuah di Residensi Prihatin Madani.

Walau bagaimanapun REACH berharap kediaman dengan harga jualan RM200,000 dapat ditambah. Hanya kurang dari 10 peratus dari kediaman yang dibangunkan adalah dari jenis tersebut.

REACH juga berharap harga jualannya dapat diturunkan dari RM200,000 kepada harga yang munasabah dibeli oleh kumpulan B40.

Dengan harga jualan RM200,000 dan bayaran pendahuluan 10 peratus atau RM20,000, bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh pembeli adalah sekitar RM1,000 untuk tempoh pinjaman selama 20 tahun.

Jumlah ini adalah di luar kemampuan ramai dari kumpulan B40.

Justeru kerajaan juga wajar mempertingkatkan skim-skim seperti skim sewa milik atau skim pembiayaan khas.

DATO’ ISKANDAR A SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)
19 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 19/8/2023

- Advertisement -