PRN 6 Negeri: Pahang akan menyusul untuk dimenangi PN

- Advertisement -

PRN 6 Negeri telah melabuh tirai. Rakyat 6 negeri telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Ironinya keputusan kali ini terus memberi satu momentum besar suara rakyat yang berkehendakkan PAS dan PN menerajui kancah politik Malaysia.

Ia dinatijahkan dengan keputusan yang diperolehi PAS dan PN di PRN 6 Negeri baru-baru ini. Terengganu telah mencipta satu sejarah baru dalam politik hari ini, apabila PAS dan PN telah menguasai 32 DUN dan 8 Parlimen. 

Negeri Kelantan dan Kedah pula menyaksikan PAS dan PN hampir menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan.

Bagi 3 negeri yang dikuasai PH dan BN, berlaku peningkatan undi ketara dan peningkatan kerusi yang dikuasai PAS dan PN. Ini merupakan signal jelas rakyat yang mahukan PAS dan PN menguasai politik Malaysia sekali gus bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.

Pasca PRN, pastinya tumpuan utama PAS dan PN adalah menunaikan amanah dan khidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengenal jalur parti, agama dan bangsa, khususnya dalam aspek kebajikan rakyat, pendidikan, pembangunan modal insan, pelaburan dan anak muda. Hal ini sejajar dengan slogan PAS dan PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’.

Persoalannya, adakah gelombang sokongan rakyat akan terhenti di sini? Melihat pada senario yang berlaku, gelombang rakyat ini akan terus memacu kepada kemenangan PAS dan PN pada PRK Pulai dan Simpang Jeram yang tidak sampai satu bulan lagi daripada sekarang.

Adakah gelombang ini akan menukar landskap politik di Negeri Pahang? Semestinya referendum rakyat dalam PRN baru-baru ini bakal mencetus satu rangsangan dan momentum signifikan kepada PAS dan PN Pahang ke arah menawan Kerajaan Negeri Pahang.

Dengan gelombang yang ada, saya merasakan tidak mustahil Pahang bakal dikuasai PAS dan PN dalam PRU16 ini.

Ini telah terbukti apabila dalam PRU15 lepas, PAS dan PN Pahang telah menguasai 17 Kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen.

Jadi, tiada apa yang mustahil. PAS dan PN Pahang juga bersedia untuk menawan dan menerajui Kerajaan Negeri Pahang dan memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Pahang.

“PAS dan PN tawan Pahang PRU16”

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA(M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang HARAKAHDAILY 15/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -