Semua calon baharu PAS menang bergaya

- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua calon muka baharu yang ditampilkan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini menang dengan majoriti besar.

Kebanyakan mereka bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

- Advertisement -

Mereka termasuk Baddrol Bakhtiar (Gurun), Mardhiyyah Johari (Pengkalan Kundur), Rashidi Razak (Anak Bukit), Ustaz Azizan Hamzah (Bukit Selambau), Mohammad Radhi Mat Din (Alor Mengkudu), Prof Dr Haim Hilman Abdullah (Jitra) dan Ts Dr Mohd Suffian Yusoff (Bandar Baharu).

Muka baharu lain yang ditampilkan di DUN yang dimenangi PAS sebelum ini ialah Ustaz Sharil Long (Pantai Merdeka) dan Ahmad Sulaiman (Belantik) juga mengorak kejayaan cemerlang.

Sementara itu, antara parlimen yang menyapu bersih keputusan keseluruhan dimenangi PN adalah Kuala Kedah (4-0), Padang Terap (3-0), Kulim Bandar Baru (3-0), Padang Serai (3-0), Sik (3-0), Baling (4-0), Langkawi (3-0), Jerlun (3-0), Pokok Sena (4-0), Pendang (3-0), Kubang Pasu (3-0), Merbok (3-0) dan Jerai (4-0).

PN Kedah mencatatkan kemenangan besar apabila berjaya memenangi 33 daripada 36 DUN yang ditandingi. Pada PRU15 lalu, PN menguasai 14 daripada 15 kerusi parlimen negeri ini.

Pada PRU14, PAS menang di 15 DUN, iaitu Jeneri, Belantik, Sungai Limau, Bukit Pinang, Bukit Lada, Tokai, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Bayu, Kupang, Pedu, Kuala Nerang dan Ayer Hitam.

Semua 15 DUN berkenaan berjaya dipertahankan pada PRN kali ini apabila semua 21 calon PAS yang bertanding menang.

Daripada jumlah keseluruhan, PAS (21), Bersatu (12) dan Gerakan (3), manakala seorang calon Bersatu dan dua calon Gerakan tidak berjaya.

Bagaimanapun, Pengerusi Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen menang di DUN Kulim mengalahkan calon PH dengan majoriti 7,742 undi. – HARAKAHDAILY 13/8/2023

- Advertisement -