Negeri Sembilan bakal jadi milik PERIKATAN NASIONAL

Prestasi PN di Negeri Sembilan kian terserlah

- Advertisement -

CERAMAH gelombang kebangkitan rakyat membuka tirai PRN. Bandar Senawang menjadi bukti ramainya penyokong yang hadir. Permulaan yang baik. 

Kata orang PAS, banyak muka baru yang dilihat. Kaum Cina dan India tidak kurangnya.

Momentum itu tidak datang tiba-tiba. Sedikit demi sedikit berpunca dari kemarahan dalam diam ahli PH dan BN.

Pemimpin tertinggi meminggirkan suara pemimpin dan ahli akar umbi. Ahli sukar bersatu, diam-diam mereka keluar cari alternatif baru. 

Ketua Pemuda Umno, Exco, Wanita PKR, pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan negeri merisik dan hantar borang masuk PN.

Makin terserlah menjelang PRN, kerusi DUN di Lenggeng, Kota dan Ampangan menjadi kerusi panas antara BN dan PH. Ada yang tidak puas hati. Ada yang makan hati.

BN diberi kerusi yang lebih sedikit, BN mencantas menggunakan kuasa Anwar. 

PH memulakan huru-hara dalam ahlinya sendiri selepas tindakan Anwar bertanding di Port Dickson. DAP terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Anwar.

PAS pula, kekal tenang dan terus cemerlang.

PRU-15, 3 kerusi Parlimen PAS bertanding meningkat undi 300 peratus.

Semua kerusi Parlimen BERSATU dan GERAKAN juga naik 2 ke 3 kali ganda.

Cawangan PAS bertambah.

3,000 ahli baru dalam masa 2 bulan.

Gelombang anak muda. 

Undi PN meningkat di kebanyakan saluran undi anak muda.

Mungkinkah sejarah bakal tercipta lagi? PN pula bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Sembilan.

USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
10 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 10/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -