Calon PN lepasi tapisan SPRM, LHDN, PDRM

Ribuan penyokong PERIKATAN NASIONAL hadir memberikan sokongan padu terhadap Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada malam tadi, Rabu 26 Julai 2023.
- Advertisement -

PETALING JAYA: Calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diketengahkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) melepasi saringan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, mereka juga telah melepasi tapisan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata, calon-calon PN dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan tersebut.  

“Syukurlah semua yang dipilih ini sudah melepasi saringan utama dan keputusan pemilihan calon ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya katanya pada majlis pengumuman calon PN di sini, malam tadi. 

Hadir sama dalam  program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; serta Pengerusi PN Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin Gerakan Selangor. 

Muhyiddin ketika mengumumkan senarai 56 calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos ini.

Menurutnya  lagi, PRN kali ini amat penting kerana ia bukan sahaja menentukan masa hadapan pentadbiran negeri, sebaliknya kesan di seluruh negara. 

“Menjadi pemimpin merupakan satu amanah yang mana jika tidak dipikul dengan baik maka akan menjawab di hadapan Allah SWT kelak,” tambahnya.

PN yang terdiri daripada PAS, Bersatu, dan Gerakan mengumumkan akan bertanding di enam negeri yang terbabit dengan PRN dengan senarai 132 calon di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah diumumkan pada malam tadi. – HARAKAHDAILY 26/7/2023

- Advertisement -