Apa nak jadi Malaysiaku?!

- Advertisement -

PERKARA yang dibimbangkan kini menjadi realiti.

Aksi lucah dan melampau The 1975 di konsert semalam adalah satu tamparan buat pemimpin, penguatkuasa serta seluruh masyarakat.

Apabila ditegur, kita diperli. Namun lihatlah kesannya apabila artis yang lantang memperjuangkan hak songsang di luar tabii diberi permit untuk membuat konsert di hadapan ribuan rakyat Malaysia.

Ini adalah sebuah harga yang perlu dibayar oleh negara yang terlalu bergantung kepada hiburan untuk menjana ekonomi.

Bukan sahaja tiada moral bahkan peristiwa jijik, kotor dan hina ini menunjukkan kelemahan perundangan kita untuk menyekat anasir-anasir sebegini daripada masuk ke Malaysia.

Tindakan pencegahan perlu diambil oleh kerajaan yang ada kuasa untuk mencegah. 

Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL telah mencadangkan agar satu Rang Undang-undang Melindungi Nilai dan Tradisi Keluarga atau ringkasnya Undang-undang Anti-LGBT dikuatkuasakan. Malangnya cadangan ini tidak disambut kerajaan.

Lihatlah apa yang terjadi.

Kerajaan Madani perlu mengambil tanggungjawab sebelum kejadian sama berulang. Jangan tunggu terhantuk baru tengadah.

Sekian.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
Timbalan Ketua Pengarah DACS Malaysia
22 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 22/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -