PAS Sabah ingatkan Madius jangan main politik persepsi

Ahmad Dullah
- Advertisement -

LAHAD DATU: PAS Sabah mengingatkan Ahli Parlimen (MP) Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau agar tidak bermain dengan politik persepsi.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Dullah berkata, sebagai ahli parlimen, Madius sepatutnya membawa politik damai.

“Tetapi Madius sengaja menimbulkan provokasi tidak berasas yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat.

“Sebagai ahli politik, beliau tidak seharusnya bercakap tanpa fakta dan boleh mengelirukan masyarakat” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Dalam kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menerusi Harian Express pada 15 Julai lalu telah melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai ‘pelampau Malaya’ yang cuba mengembalikan Malaysia kepada Tanah Melayu pra-penjajah mono-etnik.

Madius turut membuat tuduhan liar dan dangkal terhadap ketiga-tiga tokoh pemimpin negara itu dengan menyatakan mereka berharap negara ini tidak mempunyai satu pun Perlembagaan Persekutuan moden dan undang-undang lazimnya, selain ketiadaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.

Ahmad menegaskan, PAS sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, raja berperlembagaan dan keharmonian kaum. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

- Advertisement -