Leyes guna media sosial cari kelab baharu

- Advertisement -

Gabriel Leyes dari Uruguay beralih ke media sosial untuk mencari kelab baharu sebagai ejen bebas selepas perjanjian perpindahan penyerang itu ke Deportivo Binacional dalam Liga 1 Peru tidak boleh ditandatangani gara-gara kuota umur dan isu kewarganegaraan.

“Oleh kerana faktor pengurusan, saya tidak dapat menyertai kelab itu walaupun telah melakukan perjalanan dan semua perkara dipersetujui, isu kuota tidak membenarkan pendaftaran saya,” kata Leyes yang meninggalkan Academia Cantolao, di media sosial.

- Advertisement -

“Saya sekali lagi dalam status bebas dan menunggu hala tuju baharu.”

Penyerang berusia 33 tahun itu memberitahu saluran berita Infobae bahawa masalah berkaitan perpindahan itu berikutan Persekutuan Bola Sepak Peru hanya membenarkan pendaftaran 27 pemain berusia lebih 21 tahun.

Untuk Kejohanan Clausura, hanya satu daripada lima warga asing yang didaftarkan pada awal tahun boleh diganti.

Jendela perpindahan bola sepak Peru yang telah ditutup menyebabkan penyerang itu yang kini berada di Uruguay, terpaksa menunggu pilihan lain untuk meneruskan kerjayanya. – REUTERS

- Advertisement -