Rasulullah satukan manusia berkonsep adil kepada semua

- Advertisement -

SAYA mengucapkan Salam Awal Muharram 1445H kepada seluruh umat Islam.

- Advertisement -

Marilah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW iaitu kejayaan Baginda SAW dalam melaksanakan agenda menyatukan umat daripada kalangan masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia.

Kejayaan Baginda SAW telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama.

Dimulakan dengan perpaduan umat Islam serta diajak kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak senang dengan perpecahan.

Pendekatan berdasarkan acuan hijrah Rasulullah SAW perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Muharam 1445 – HARAKAHDAILY 19/7/2023

- Advertisement -