Sanusi ditahan jam 3 pagi, dibawa ke IPD Gombak

Ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia jam 3 pagi tadi.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS telah ditahan oleh sepasukan lebih 20 pegawai dan anggota PDRM di hotel penginapannya di sini.

Sebelum itu, Sanusi dan pegawai-pegawai beliau pulang ke hotel berkenaan setelah selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL jam 11:40 malam.

Jam 2 pagi, mereka menyedari terdapat dua lelaki berlegar di depan pintu kecemasan di tingkat 33A hotel itu sementara lima lelaki lagi di hadapan lif utama tingkat yang sama.

Pada jam 2:30 pagi, pintu bilik penginapan beliau telah diketuk dan terdapat lebih 20 anggota berada di luar bilik tersebut sebelum beliau dibawa keluar ke lobi hotel.

Sanusi telah dibawa menaiki sebuah MPV khas diiringi pegawai PDRM ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan penahanan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Sebutan dua kes terhadap beliau akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Selayang jam 9:30 pagi nanti.

Laporan lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -