Billboard PM sudah muncul, kempen PRN belum bermula

Rafiei Mustapha
- Advertisement -

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mempersoalkan tujuan pemasangan billboard yang memaparkan wajah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) secara besar-besaran di seluruh negeri itu.

- Advertisement -

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha, pihaknya telah membangkitkan isu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun jawapan tidak memuaskan.

“Pihak Majlis Bandaraya Seremban telah dimaklumkan, dan jawapan yang kami perolehi adalah perkara ini akan diambil perhatian.

“Sehingga sekarang masih tegak berdiri billboard di seluruh Negeri Sembilan terutama di Daerah Seremban,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini

Billboard serupa juga kelihatan di simpang 4 Pasir Hor Kota Bharu Kelantan. Dipercayai sepanduk besar Perdana Menteri dipasang di negeri-negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN).

Rafiei juga berkata, PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) billboard itu diturunkan segera memandang kempen PRN secara rasmi belum bermula.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai apa yang dilakukan PMX dan MB Negeri Sembilan,” kata beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan.

Tambahnya, persoalan juga timbul, adakah pemasangan billboard itu menandakan kempen PRN sudah bermula.

“Adakah ini permulaan berkempen? Sedangkan tempoh berkempen yang dibenarkan SPR pada 29 Julai hingga 11 Ogos jam 12 malam.

“Jika pemasangan billboard ini untuk tujuan berkempen, maka ianya adalah salah kerana sekarang ini di luar waktu berkempen,” ujar beliau.

Tambahnya juga pemasangan sepanduk tersebut memakan belanja agak besar sedangkan menderita akibat kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang. – HARAKAHDAILY 14/7/2023

- Advertisement -