Muslimat PAS turut ketengah calon wanita

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Malaysia turut mengenengah senarai calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

- Advertisement -

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, paling tidak setiap negeri ada seorang calon dari golongan wanita yang disenaraikan.

Malah katanya muslimat mempunyai ramai bakat yang boleh diketengahkan pada PRN untuk berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan.

“Dewan Muslimat setiap negeri mempunyai ramai bakat yang boleh diketengahkan terutamanya jika diberi peluang di Dun yang ada potensi boleh menang.

“Muslimat boleh berkhidmat dengan baik, jika dilihat di tempat yang dimenangi sebelum ini perkhidmatan wakil rakyat wanita diakui setanding dengan golongan lelaki.

“Rakyat boleh tengok kebolehan wakil rakyat wanita dalam mentadbir negeri khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis walaupun ada yang masih baharu berkhidmat,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, gelombang rakyat khususnya golongan wanita dilihat semakin positif menyokong PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Kita harap hal ini dapat mereka terjemahkan ketika hari mengundi nanti,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -