Jeddah tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023

Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, antara gelanggang bola sepak terbaik Arab Saudi
- Advertisement -

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, semalam, mengumumkan Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke bandar itu, minggu lalu untuk menilai persiapan yang dijalankan bagi kejohanan itu.

- Advertisement -

“Kami gembira kerana Jeddah dengan kemudahan terkini dan reputasi menganjurkan acara sukan antarabangsa utama, dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia Kelab FIFA,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal.

Kejohanan itu yang akan berlangsung mulai 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari lalu.

Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dijalankan mengikut format semasa — pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan — yang akan dihentikan sebelum diperluaskan kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025. – REUTERS

- Advertisement -