PAS Libaran rai 20 pelajar cemerlang SPM

Dr. Aliakbar (empat dari kanan) menyampaikan anugerah penghargaan buat salah seorang pelajar program Ziarah Kasih Pelajar Cemerlang SPM 2022 di sekitar Parlimen Libaran pada 26 Jun 2023.
- Advertisement -

SANDAKAN: PAS Kawasan Libaran telah mengadakan program Ziarah Kasih Pelajar Cemerlang SPM 2022 seramai 20 orang di sekitar Parlimen Libaran.

Kumpulan pelajar berkenaan yang memperoleh keputusan antara 9A dan 7A telah diberikan penghargaan berbentuk sijil, hamper dan wang saguhati, di sini semalam.

Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan menzahirkan ucapan tahniah buat semua pelajar dan mendokan mereka agar terus sukses dalam pelajaran.

- Advertisement -

“Bila memperoleh kejayaan kena ingat jasa ibu dan ayah, jaga hubungan dgn Allah dan manusia, kerana itulah kunci sebuah kejayaan,”  katanya ketika menyampaikan anugerah penghargaan buat pelajar-pelajar berkenaan.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid; Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah; Yang Dipertua PAS Kawasan, Abdul Wara Mohammad, serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Libaran.

“Program seumpama akan diteruskan bagi meraikan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

- Advertisement -